Perodua sold 6,988 units in August as production begins to increase
Rawang, 3 Sept: Perodua registered 6,988 vehicles in August compared with only 655 units in July as Perodua’s manufacturing and sales arms gradually resume their operations after the nationwide lockdown was lifted on 16 August.
“We would see the production and registration numbers multiply in September as the situation normalise,” Perodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Zainal Abidin Ahmad said.
All of Perodua’s operations were halted in accordance with the national lockdown introduced on 1 June 2021 to control the spread of COVID-19.
On a year-to-date basis, Perodua registered 104,933 vehicles or a 12.5% drop compared with 119,977 vehicles sold between January and August last year.
“We are working on closing this gap by further increasing our manufacturing output as well as further improving our standard operating procedures to ensure the safety of our people and our customers,” Dato’ Zainal said.
“Based on the time and resources available, we are reducing our sales target by 10.8% to 214,000 units for this year from our earlier target of 240,000 units,” he said.
“Our main concern now is to ensure that the automotive industry will be able to sustain itself this year as COVID-19 and the semiconductor supply shortage continue to haunt the manufacturers both domestically and globally,” Dato’ Zainal said.
On the semiconductor chip shortage, Dato’ Zainal said that Perodua was able to secure enough to ensure production would resume smoothly this year and that most of Perodua’s outstanding order would be met within the year.
“For now, the semiconductor chip supply is still a global issue and we are working with our partners and suppliers to limit any disruption it may cause,” he said.
Perodua tingkatkan pengeluaran, jual 6,988 kenderaan pada bulan Ogos
Rawang, 3 Sept: Perodua mendaftarkan 6,988 kenderaan pada bulan Ogos berbanding 655 unit pada Julai. Peningkatan ini berpunca daripada peningkatan produksi dan pembukaan pusat jualan secara beransur-ansur sejak 16 Ogos lalu.
"Kami menjangkakan jumlah pengeluaran dan pendaftaran akan meningkat berkali ganda pada bulan September apabila keadaan kembali normal," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad.
Semua operasi Perodua dihentikan berikutan penutupan di seluruh negara yang diperkenalkan pada 1 Jun 2021 untuk mengawal penyebaran COVID-19.
Setakat tahun ini (year-to-date), Perodua telah mendaftarkan 104,933 kenderaan dengan penurunan 12.5% berbanding 119,977 kenderaan yang dijual antara Januari dan Ogos tahun lalu.
"Kami sedang berusaha untuk mengecilkan jurang ini dengan meningkatkan lagi pengeluaran kenderaan kami dan juga menambahbaik prosedur operasi kami untuk memastikan keselamatan para kakitangan dan pelanggan kami," kata Dato’ Zainal.
"Berdasarkan faktor waktu dan sumber yang sedia ada, kami menurunkan sasaran jualan kami sebanyak 10.8% kepada 214,000 kenderaan tahun berbanding sasaran 240,000 unit yang diumumkan sebelum ini," kata beliau.
"Keutamaan kami kini adalah memastikan industri automotif dapat terus beroperasi dan bertahan tahun ini. Antara ancaman kepada sektor pengeluaran domestik dan antarabangsa termasuklah peningkatan kes COVID-19 dan juga kekurangan bekalan semikonduktor," kata Dato’ Zainal.
Mengenai kekurangan cip semikonduktor, Dato’ Zainal berkata bahawa Perodua masih memperolehi bekalan yang cukup untuk memastikan pengeluaran berjalan lancar tahun ini dan sebahagian besar tempahan Perodua yang tertunggak akan dapat dipenuhi dalam tahun ini.
"Buat masa ini, bekalan cip semikonduktor masih menjadi isu global dan kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan para pembekal kami untuk menghadkan sebarang gangguan yang timbul," katanya.