Rawang, 12 April: Perodua has introduced a special service package to all Axia and Bezza owners to reduce the impact of rising prices while at the same time promoting best vehicle maintenance and safety for the upcoming Aidilfitri celebration.
This is in response to the newly launched AUTO RAHMAH Package by the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI), under the auspices of the Government's PAYUNG RAHMAH Programme which aims to ease the burden of the people through various cost of living aspects.
This special service package, which is called Perodua Auto Rahmah 2023, consists of a 30% discount on the total invoice for parts and labour cost. To be entitled for this campaign, Axia and Bezza owners are required to call for an appointment at the nearest Perodua service centre. This campaign is only available from 12 April to 15 May 2023. (Terms and Conditions apply).
“Today, owning a vehicle has become a necessity for most people. As such, vehicle ownership costs such as loans, fuel expenses, tolls and maintenance also make up the main components of many Malaysians’ household expenses.
“In that regard, MITI is very pleased that Perodua has responded to the Government’s 2023 RAHMAH AUTO Package by offering discounts for vehicle maintenance at its official service centres.
“We hope other car brands will also follow in the footsteps of Perodua to help contribute to the safety of car owners and their loved ones on the road, especially during the upcoming Aidilfitri festival season. It is the government’s priority to find ways in lessening the impact of rising prices in every way that we can and MITI is leveraging on our role to achieve this objective,” MITI Minister, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz said.
“The Perodua Auto Rahmah 2023 is specifically for our Axia and Bezza customers in meeting their motoring needs while at the same time reducing the cost of living for our customers” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.
“MITI has always been our biggest supporter and is currently working with us in making this special service discount a reality,” he added.
Dato’ Sri Zainal said: “The Axia and Bezza are our most popular models and are widely used as the main mode of transportation by our customers. With this in mind, we wish to create a targeted effort to ensure peace of mind when driving.
“This is even more important with the Aidilfitri celebrations coming soon as most vehicle owners are planning to travel long distances to be with their loved ones. We wish everyone a blessed Ramadan and a wonderful Hari Raya ahead.”
Perodua tawar diskaun servis khas Pakej AUTO RAHMAH 2023 kepada pemilik Axia dan Bezza sempena Aidilfitri
Rawang, 12 April: Perodua memperkenalkan pakej servis khas kepada pemilik Axia dan Bezza bagi mengurangkan impak kenaikan harga barangan dan dalam masa yang sama mempromosikan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan yang terbaik untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Pakej servis khas berkenaan adalah maklum balas kepada Pakej AUTO RAHMAH yang baru dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah program PAYUNG RAHMAH yang bertujuan mengurangkan beban kos hidup yang ditanggung oleh rakyat.
Kempen servis khas ini, yang dikenali sebagai Perodua Auto Rahmah 2023, terdiri daripada diskaun 30% untuk jumlah keseluruhan di dalam satu invois bagi alat ganti dan kos buruh. Untuk melayakkan diri bagi kempen ini, pemilik Axia dan Bezza dikehendaki membuat janji temu di pusat servis Perodua yang berhampiran. Kempen ini akan berlangsung mulai 12 April hingga 15 Mei 2023. (Tertakluk kepada Terma dan Syarat).
“Hari ini, pemilikan kenderaan telah menjadi satu keperluan kepada kebanyakan orang. Sehubungan itu, kos pemilikan kenderaan seperti pinjaman, perbelanjaan bahan api, tol dan penyelenggaraan juga menjadi antara komponen utama perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia.
“Justeru, MITI amat berbesar hati kerana Perodua telah menyahut saranan kerajaan menerusi Pakej AUTO RAHMAH 2023 yang menawarkan diskaun bagi penyelenggaraan kenderaan di pusat servis rasminya.
“Kami berharap jenama kenderaan lain juga akan turut mengikuti langkah Perodua bagi membantu memastikan keselamatan pemilik kenderaan dan mereka yang tersayang semasa berada di jalanraya, terutamanya menjelang musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba. Adalah menjadi keutamaan kerajaan untuk mencari kaedah yang terbaik dalam mengurangkan kesan kenaikan harga dan MITI sedang memanfaatkan peranannya untuk mencapai objektif itu,” kata Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Pakej servis khas Perodua Auto Rahmah 2023 ini adalah khusus buat pelanggan Axia dan Bezza kami yang membantu memenuhi keperluan pemotoran dan pada masa yang sama mengurangkan kos sara hidup mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.
“MITI sentiasa menjadi penyokong terbesar kami dan kini sedang bekerjasama dengan kami dalam merealisasikan diskaun servis khas ini,” tambah beliau.
Dato’ Sri Zainal berkata: “Axia dan Bezza adalah model kami yang paling popular dan digunakan secara meluas sebagai mod pengangkutan utama oleh para pelanggan kami. Oleh itu, kami ingin memastikan usaha yang dibuat dapat dinikmati oleh golongan sasar dan memberikan ketenangan semasa memandu.
“Ini lebih penting dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi kerana kebanyakan pemilik kenderaan merancang untuk melakukan perjalanan jauh untuk bersama keluarga tersayang. Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh keberkatan dan Hari Raya yang indah.”