KUALA LUMPUR, 23 DECEMBER 2024 – TM has announced a strategic partnership with Perodua to advance electric vehicle (EV) development, digital innovation, and sustainable growth, aligning with Malaysia’s vision to create a high-value, competitive automotive sector under the New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030).
Formalised during a signing ceremony between Amar Huzaimi Md. Deris, TM’s Group Chief Executive Officer and Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, Perodua’s President and Chief Executive Officer, the collaboration covers four strategic areas, namely: Hyperconnected Network, Advancing Digital Technology, Enriching Customer Experience, and Environmental Sustainability.
TM via TM One, its enterprise and government sector solutions arm, aims to upgrade Perodua’s infrastructure, providing fixed and wireless connectivity including SD-WAN solutions for dealer networks, private 5G for automotive applications, and smart manufacturing technologies to improve production. These will enhance Perodua’s operational capabilities, streamline data management, and support its future expansion. TM One will also leverage its Cloud, Cybersecurity, Data Analytics, and AI capabilities to provide initiatives for smart manufacturing, GPU as a Service, EV and autonomous driving technologies.
Additionally, TM and Perodua aim to expand their market reach and brand visibility through co-created products and innovative go to market strategies. This includes customised infotainment systems, smart mapping solutions, and joint marketing using digital tools to reach new customer segments. TM and Perodua are also committed to environmental sustainability, collaborating on clean energy solutions for EV charging infrastructure and waste reduction to align with Malaysia’s environmental goals. Additionally, through workforce training, R&D, and sustainable practices, the partnership will foster a culture of innovation to enable a digitally connected and environmentally responsible future in Malaysia's automotive sector.
Amar Huzaimi Md Deris said, “Our partnership with Perodua reflects our commitment to enabling digital transformation in the automotive industry, improving user experiences and long-term value. By delivering secure, high-speed connectivity and scalable digital solutions, this partnership will support Perodua’s mission for greater innovation and growth, paving the way for a connected, sustainable future in the automotive industry. This marks another milestone in TM’s aspirations to become a Digital Powerhouse, pioneering industry growth through digitalisation and opening new opportunities to propel organisations and our nation forward.”
Dato’ Sri Zainal Abidin stated that this collaboration highlights Perodua’s goal of modernising the automotive industry, enhancing operations and setting the standard for digital connectivity in the industry: “This collaboration covers several aspects that will benefit our customers as well as having spillover effects to the country’s digital and automotive industries. There are vast opportunities for Perodua and TM to revolutionise how we do things and set benchmarks on the quality, efficiency and delivery of our products and services. These opportunities will become clearer as we innovate further and address the issues and needs of our operations.
Typically, the issues we face often offer the way forward – the challenge is how to approach it in a way that results in a fundamental change that takes us forward.”
TM DAN PERODUA BEKERJASAMA MEMACU TRANSFORMASI AUTOMOTIF MALAYSIA DI BAWAH NIMP 2030
KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2024 – TM telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Perodua dalam memajukan pembangunan kenderaan elektrik (EV), inovasi digital, dan pertumbuhan lestari, sejajar dengan visi Malaysia untuk mewujudkan sektor automotif bernilai tinggi dan berdaya saing di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Kerjasama ini dirasmikan melalui majlis menandatangani perjanjian di antara Amar Huzaimi Md. Deris, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, dan Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua. Kolaborasi ini meliputi empat bidang strategik, iaitu: Rangkaian Sambungan Hiper (Hyperconnected Network), Kemajuan Teknologi Digital, Peningkatan Pengalaman Pelanggan, dan Kelestarian Alam Sekitar.
TM, melalui TM One, cabang perniagaann untuk sektor perusahaan dan kerajaan, berhasrat menaik taraf infrastruktur Perodua dengan menyediakan sambungan tetap dan tanpa wayar, termasuk penyelesaian SD-WAN untuk rangkaian pengedar, rangkaian 5G persendirian untuk aplikasi automotif, dan teknologi pembuatan pintar untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran. Usaha ini akan memperkukuh keupayaan operasi Perodua, memperkemaskan pengurusan data, dan menyokong perkembangan masa hadapannya. TM One juga akan memanfaatkan kemampuannya dalam Cloud, Keselamatan Siber, Analitik Data, dan keupayaan kecerdasan buatan (AI) untuk menyediakan inisiatif seperti pembuatan pintar, GPU sebagai Perkhidmatan, serta teknologi EV dan pemanduan tanpa pemandu.
Selain itu, TM dan Perodua akan bekerjasama memperluas capaian pasaran dan meningkatkan keterlihatan jenama melalui produk bersama dan strategi inovatif ke pasaran. Ini termasuk sistem infotainmen khusus, penyelesaian pemetaan pintar, dan pemasaran bersama menggunakan alat digital untuk menarik segmen pelanggan baharu. TM dan Perodua juga komited terhadap kelestarian alam sekitar dengan bekerjasama dalam penyelesaian tenaga bersih untuk infrastruktur pengecasan EV dan pengurangan sisa, selaras dengan matlamat alam sekitar negara. Melalui latihan tenaga kerja, R&D, dan amalan lestari, kerjasama ini akan memupuk budaya inovasi untuk masa depan automotif Malaysia yang lebih berdaya digital dan mesra alam.
Amar Huzaimi Md Deris berkata, “Kerjasama kami dengan Perodua mencerminkan komitmen TM dalam memacu transformasi digital dalam industri automotif, meningkatkan pengalaman pengguna, dan mencipta nilai jangka panjang. Dengan menyediakan sambungan berkelajuan tinggi yang selamat dan penyelesaian digital yang boleh diskala, kerjasama ini akan menyokong misi Perodua untuk inovasi dan pertumbuhan yang lebih besar, sekaligus membuka jalan kepada masa depan industri automotif yang lebih terhubung dan lestari. Ini adalah satu lagi pencapaian dalam aspirasi TM untuk menjadi Pemacu Digital, mempelopori pertumbuhan industri melalui pendigitalan dan membuka peluang baharu untuk memacu organisasi dan negara ke hadapan.”
Dato’ Sri Zainal Abidin pula menyatakan bahawa kerjasama ini menonjolkan matlamat Perodua untuk memodenkan industri automotif, memperkukuh operasi, dan menetapkan standard bagi keterhubungan digital dalam industri: “Kerjasama ini merangkumi pelbagai aspek yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami serta menghasilkan kesan limpahan kepada industri digital dan automotif negara. Terdapat banyak peluang bagi Perodua dan TM untuk merevolusikan cara kerja kami serta menetapkan penanda aras dari segi kualiti, kecekapan, dan penyampaian produk serta perkhidmatan kami. Peluang ini akan menjadi lebih jelas apabila kita terus berinovasi dan menangani isu serta keperluan operasi kita. Kebiasaannya, isu yang kita hadapi sering menawarkan jalan ke hadapan – cabarannya adalah bagaimana pendekatan yang diambil mampu menghasilkan perubahan asas yang membawa kita ke arah kemajuan.”