Kuala Lumpur, 20 Jan: Perodua and Universiti Teknologi Malaysia (UTM) signed a memorandum of understanding (MoU) to develop the country’s next generation of electric vehicles (xEV).
The MoU includes a comprehensive package that would cover educating and training future engineers in developing new technologies relating to xEV.
“We look forward to exploring a future where Malaysia can develop its own xEV technology and its benefits be shared with our future generation,” Perodua President and Chief Executive Officer Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad said.
“With this MoU, Perodua is taking a step further from our original mandate from being a vehicle for technological transfer to becoming an entity that drives technological development,” he said.
Perodua, established in 1993 was created to provide Malaysian with high-quality yet affordable cars while at the same time act as a company that can transfer technology into Malaysia.
This technology transfer was aimed at developing the national automotive ecosystem as well as improving technical and technological knowledge of Malaysians.
Prof. Dr. Rosli Md Illias, Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) of Universiti Teknologi Malaysia (UTM), highlighted the collaboration’s potential to drive sustainable mobility in Malaysia. “This collaboration underscores the importance of bridging the gap between academia and industry that can empower graduates with the skills and knowledge,” he said.
The collaboration will empower UTM students and researchers while serving as a model for academia-industry partnerships, ensuring Malaysia remains competitive in the global automotive sector.
The MoU highlights six key elements which are for both Perodua and UTM to jointly enhance the latter’s academic curriculum for its undergraduate in the field of engineering and other related courses.
This MoU will also establish a satellite lab at UTM’s main campus in Skudai, Johor.
Both Perodua and UTM will exchange knowledge on the current developments of various automotive technologies with emphasis on xEV.
Both parties will also jointly exposed academicians and engineers in the development of xEV technology.
Perodua and UTM will actively collaborate in the field of academia, research & development, as well as talent development and training programmes for their respective employees.
The MoU also offers both parties other areas of cooperation that are mutually beneficial to them.
Perodua dan UTM jalin kerjasama bangunkan generasi baharu kenderaan elektrik (xEV)
Kuala Lumpur, 20 Jan: Perodua dan Universiti Teknologi Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan generasi baharu kenderaan elektrik (xEV) di Malaysia.
Memorandum ini merangkumi pakej komprehensif yang meliputi aspek pendidikan dan latihan kepada bakal jurutera baharu dalam membangunkan teknologi berkaitan xEV.
“Kami berharap untuk meneroka masa depan di mana Malaysia mampu membina teknologi xEV sendiri dan manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.
“Melalui perjanjian ini, Perodua telah melangkah lebih jauh daripada tugas asalnya - daripada menjadi pemangkin pemindahan teknologi kepada sebuah entiti yang memacu pembangunan teknologi,” kata beliau.
Perodua, yang ditubuhkan pada 1993, diwujudkan bagi menyediakan kenderaan yang berkualiti tingggi dan mampu milik buat rakyat Malaysia, dalam masa yang sama bertindak sebagai syarikat yang dapat memindahkan teknologi ke Malaysia.
Pemindahan teknologi ini bertujuan untuk membangunkan ekosistem automotif negara dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknologi rakyat Malaysia.
Prof. Dr. Rosli Md Illias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menekankan bahawa potensi kerjasama ini adalah untuk memacu kelestarian mobiliti di Malaysia. “Kerjasama ini menunjukkan kepentingan merapatkan jurang antara akademia dan industri dalam memperkasakan graduan dengan kemahiran serta pengetahuan yang relevan,” katanya.
Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar dan penyelidik UTM, tetapi juga menjadi model kerjasama antara akademia dan industri untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam sektor automotif global.
Perjanjian ini menekankan enam elemen utama termasuk kerjasama antara Perodua dan UTM dalam memperkukuh kurikulum akademik UTM bagi kursus kejuruteraan dan bidang-bidang berkaitan.
Selain itu, melalui perjanjian ini, satu makmal satelit akan ditubuhkan di kampus utama UTM di Skudai, Johor.
Perodua dan UTM akan bertukar pengetahuan mengenai perkembangan semasa pelbagai teknologi automotif yang memfokuskan kepada xEV.
Kedua-dua pihak juga akan bersama-sama memberi pendedahan kepada ahli-ahli akademik dan jurutera dalam pembangunan teknologi xEV.
Perodua dan UTM akan bekerjasama secara aktif dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta program pembangunan bakat dan latihan untuk kakitangan masing-masing.
Perjanjian ini juga turut membuka peluang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka bidang kerjasama lain yang saling memberi manfaat.